Nama asalnya ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields yang diambil bersempena bandar Brickfields tempat di mana ianya dibina. Ianya dibuka pada bulan Mac 1956. Upacara perasmian sekolah diadakan pada 6 Mac 1956 yang dilakukan oleh D.Y.M.M Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah K.C.M.G.
Bermula pada tahun 1958, ianya dibahagikan kepada 2 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan Brickfields 2 sehingga kini.
Pada peringkat awal pembukaan, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat sahaja terdiri dari 14 buah bilik darjah dan sebuah pejabat. Pada tahun 1956 hingga tahun 1960 murid lelaki dan perempuan menuntut di sini.
Namun demikian bermula pada tahun 1960 sekolah ini menjadi sekolah bagi penempatan murid lelaki sahaja.
Pada tahun 1962, sebuah bangunan 2 tingkat siap dibina di mana sebanyak 10 buah bilik darjah ditambah. Di bangunan baru ini juga disediakan sebuah bilik klinik pergigian , sebuah kedai buku, sebuah pejabat dan sebuah surau.
Penggunaan bangunan ini berterusan sehinggalah pada tahun 2002 bangunan yang kini tersergam indah siap dibina. Bangunan 3 tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan murid-murid ini telah dirasmikan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Yaacob bin Ibrahim Pengarah Pendidikan ,Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 24 April 2004 Masihi bersamaan 4 Rabiulawal 1425 Hijrah.
No comments:
Post a Comment